Cuti hujung minggu biasanya digunakan oleh semua warga kerja samada di bandar atau didesa untuk meriadahkan diri dengan pelbagai aktiviti.
Di dalam sebuah pusat beli belah, kita boleh dapati pelbagai kedai dan ‘hypermarket’ yang menjual pelbagai produk dan dari pelbagai jenama.
Kalau dinisbahkan kedai-kedai tersebut sebagai orang politik, kita akan dapati bermacam-macam idealisma dan khidmat yang ditawarkan oleh ahli-ahli politik. Harga yang perlu dibayar pula boleh dinisbahkan kepada undi yang bakal diperolehi oleh ahli politik tersebut. Harga yang mahal adalah kerana ‘pemberi undi’ tersebut mempunyai pengaruh tersendiri dalam masyarakat.
Kalau ‘disubtopikkan’ lagi kedai menjual makanan sahaja, kita akan dapati pelbagai makanan dijual.
Begitulah juga dengan kerenah ahli politik, ada yang mewarnai politik dengan wang ringgit, menjadi ahli separuh masak yang tak faham falsafah dan perjuangan parti malah ada ahli ‘politik segera’ yang muncul di saat-saat menjelang pemilihan parti. Semuanya itu mewujudkan ‘keragaman’ produk atau dasar perjuangan mereka yang tersendiri.
Semuanya itu menjadikan mereka unik mengikut acuan mereka sendiri dan terpulanglah kepada masyarakat untuk menilai dan menerimanya walaupun kadangkala konsep kedai tersebut memainkan peranan tersendiri untuk menarik orangramai mengunjunginya. Konsep kedai inilah yang boleh dikatakan sebagai idealisma parti.
Saiz dan standard kedai juga berbeza. Ada kedai satu pintu (lot) yang disewa tetapi dibahagi dua untuk mengurangkan kos sewa, ada kedai yang disewa untuk beberapa pintu, ada ‘hypermarket’ yang menyewa hampir satu tingkat pusat beli belah tersebut malah ada yang hanya berniaga dengan kereta sorong. Kepelbagaian ini melambangkan kedudukan dan keadaan ahli politik tersebut.
Demikianlah sedikit persamaan diantara kedai-kedai di pusat membeli belah dengan ahli-ahli politik.
Melihat kepada persamaan tersebut, kedai-kedai memang sentiasa mengadakan jualan murah setiapa kali musim cuti sekolah dan perayaan lain. Pelbagai diskaun ditawarkan.
Begitulah juga dengan ahli politik, mereka sentiasa mengadakan pelbagai tawaran, janji dan ikrar semasa ingin memancing undi terutamanya dalam musim-musim pemilihan seperti ini. Pelbagai kelebihan mereka ditonjolkan.
Namun suatu perkara yang pasti dalam persamaan ini, pusat beli belah tersebut perlu mempunyai ‘added values’ untuk dinikmati oleh pengunjung. Kemudahan tempat letak kereta yang lebih murah atau mungkin secara percuma adalah satu kelebihan. Tempat yang senang dikunjungi (easy access) juga merupakan sebab besar kenapa puat beli belah tersebut sentiasa di ingati oleh pengunjung. Kemudahan panggung wayang yang boleh meredakan ketegangan fikiran juga mungkin ada kelebihannya belum termasuk lagi pelbagai pusat-pusat rekreasi yang lain. Bagi pengunjung beragama Islam misalnya, tempat sembahyang yang selesa juga mungkin diperlukan disamping ada yang mengharapkan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak dan juga tempat untuk para ibu menyusukan anak.
Kesemua nilai tambah tersebut yang dicampur dengan kepelbagaian kedai yang menawarkan produk yang boleh menarik minat masyarakat untuk mengunjungi dan membelinya akan menjadikan pusat beli belah tersebut sentiasa diingati.
Soalnya sekarang, apakah UMNO telah menepati dan menyediakan masyarakat dengan kelebihan-kelebihan tersebut? Sekiranya kesemuanya sudah disediakan tetapi sekarang tidak juga mendapat sambutan, rasanya UMNO perlu kaji juga di mana kelebihan pusat beli belah lain atau mungkin menjengok-jengok juga pekedai-pekedai kita yang mungkin tidak ‘friendly user’. Manalah tahu ada yang menjual produk tanpa ada ‘after sale service’ yang menyebabkan pembeli ditinggalkan berseorangan bila menghadapi masalah. Atau mungkin produk yang dijual di kedai-kedai dalam pusat beli belah tersebut sudah ketinggalan zaman? Atau mungkinkah pekedai kita kadang-kadang dilihat sombong dan berlagak seperti pekedai kaya? Mungkinkah pusat beli belah tersebut perlu di 'renovate' dan dicat semula supaya melambangkan imej baru? Serba kemungkinan inilah yang perlu diperhalusi sebenarnya. Hanya pengunjung yang boleh menilainya. Jangan nanti para pengunjung tetap kita mula meninjau-ninjau pusat beli belah lain pula. Takut-takut mereka terpikat pula dengan
Jangan jadi KUCABAGHA.
1 comment:
salam bro,
Ibarat shoping complex..
adus letih ni nak kena buat "survey" dulu..."compare harga"..."quality barangan"..."quality services" n "check budget" sebelum "membeli belah".
Kena yg perempuan plak window shoping 3 jam...ntah2 satu barang pon tak berkenan!...
Tp itulah realiti....
hidup "shoping complex" UMNO!
Post a Comment