Tuesday, June 30, 2009

ULAMAK IKAN SUDAH MAMPU BERKAWAN DENGAN SYAITAN

1) Pilihanraya kecil N 41 Manek Urai (PRK N41) telah mula menampakkan bahang panasnya apabila kedua-dua parti yang dijangka meletakkan calon masing-masing telah mengumumkan wakil mereka.

2) Calon PAS sebagaimana yang dijangka akan diwakili oleh Fauzi Abdullah, seorang ulamak Ikan atau mungkin juga Professional Ikan (bergantung kepada kumpulan mana beliau berada) manakala calon BN pula diwakili oleh Tuan Aziz Tuan Mat, seorang graduan dari univerisiti tempatan dan Pengurus KESEDAR.

3) Apa yang menarik mengenai kedua-dua calon tersebut ialah mereka diberitakan sebagai orang tempatan. PAS sejak dari awal-awal lagi telah mencanang ke seluruh pelusuk negara bahawa calon mereka adalah orang tempatan walaupun Fauzi sebenarnya menetap di Guchil dan bukan di Manek Urai. PAS juga mungkin terlupa bahawa Ahli Parlimen yang mewakili mereka untuk Parlimen Kual Krai adalah ‘orang luar’ yang tak pernah pun tinggal dalam kawasan berkenaan. Apatah lagi untuk bergaul dan bercakap dalam Bahasa Kelate. Apa yang boleh diharapkan dari Ahli Parlimen tersebut yang sepatutnya membawa mesej dan aspirasi rakyat Kuala Krai?.

4) Derita rakyat Manek Urai akan bertambah sekiranya calon mereka si Ulamak Ikan ini berjaya memenangi PRK ini. Apalah sangat yang boleh diharapkan dari beliau? Ilmu agama atau nasihat Professional? Rakyat marhaen percaya kedua-duanya tidak mampu diberikan oleh calon tersebut. Apatah lagi membela nasib rakyat Manek Urai yang rata-ratanya orang kampong yang lahir, membesar dan tinggal di sana. Nik Aziz Nik Mat, Pemerintah Autonomi PAS telah menegaskan bahawa calon mereka adalah calon cakna dan mesra rakyat. Mungkin ada benarnya kalau dinisbahkan kepada aktiviti calon berkenaan sebelum ini yang sentiasa berurusan dengan masyarakat di sana sebagai pemborong ikan. Persoalannya apakah cukup dengan bergaul dalam masyarakat tanpa visi dan arah tuju melayakkan beliau menjadi pembela mereka dalam konteks dunia tanpa sempadan sekarang ini?

5) PAS sebenarnya bukan sahaja telah merendahkan martabat dan pemikiran pengundi Manek Urai dengan meletakkan calon yang tidak berpelajaran tetapi juga cuba meraih sokongan untuk memenangi PRK ini dengan menengahkan calon yang dikenali ramai walaupun mungkin tidak mampu berbuat apa-apa. Bagi PAS, kemenangan politik melalui apa cara pun adalah segala-galanya melebihi kepentingan masyarakat setempat dan fungsi sebenar wakil yang dipilih. Pada pendirian PAS, calon yang sentiasa dilihat berkeliaran dalam kawasan lebih mudah diingati dan diundi oleh pengundi di sana. Istilah berkhidmat untuk rakyat dengan membawa perubahan dan hala tuju masyarakat berilmu sesuai dengan tuntutan zaman tidak diambil kira. Siapapun yang mewakili parti mereka tidak sepenting memenangi pilihanraya dan mengekalkan kuasa walaupun telah jelas secara keseluruhannya rakyat Kelantan semakin terdesak untuk mencari pekerjaan di luar dari negeri tersebut ekoran tiada pelan pembangunan yang terancang.

6) Rakyat marhaen percaya walaupun pengundi di Manek Urai telah matang dalam memilih wakil mereka, PAS masih dan akan sentiasa menggunakan tektik memburukkan peribadi calon BN dan beliau akan digambarkan sebagai seburuk-buruk manusia. Itulah yang bakal terjadi dan mungkin sedang terjadi. Permainan ‘character assassination’ oleh PAS dan parti pembangkang lain di negara ini sudah boleh dijangka walau sebersih manapun calon BN yang dipertaruhkan. Itulah kemahiran dan senjata utama mereka selama ini. Calon BN akan digambarkan sebagai perasuah, kroni, tidak mesra rakyat, hidup secara mewah dan seumpamanya dan calon PAS akan dikhabarkan cakna dan mesra rakyat.

7) Jentera BN sepatutnya telah bersedia dengan jawapan untuk segala tohmahan tersebut. Calon BN walaupun setakat ini telah memenangi pusingan pertama dari segi peribadi dan kekuatan calon perlu melihat juga persiapan jentera PAS. Kecil jangan disangka anak kerana PAS telahpun melepasi falsafah politik ‘Matlamat menghalalkan cara’. Mereka bersedia melakukan apa saja untuk memenangi pilihanraya apatah lagi bila Presiden PAS sendiri sudah hilang bisanya untuk mentadbir parti. Hal ehwal parti ditentukan oleh hanya seorang manusia yang berkuasa autonomi. Presiden PAS hanyalah boneka tanpa kuasa malah poster beliau sendiri tidak dibenarkan ditampal sepanjang kempen PRK ini. Kekalutan dalaman PAS ini sudah lebih dari perebutan kuasa yang biasa malah sudah kacau bilau. Rakyat marhaen bagaimanapun mengharapkan jangan sampai Nik Aziz sanggup meminta bantuan syaitan kerana beliau memang sudahpun berkawan dengan syaitan!! Jangan nanti lebih kucabagha.

1 comment:

Singh Is Kinng said...

Salam Tuan Lawyer,

Fasa pertama ‘character assassination’ terhadap Tuan Aziz bukannya datang dari bloggers pro PAKATAN yang beroperasi di Manek Urai. Ini bermakna kepada penduduk tempatan Tuan Aziz tidak mempunyai issue hangat yang boleh dipermainkan.

Berbanding dengan KT, Wan Farid pada awal-awal lagi telahpun dikaitkan dengan 4th floor and KJ, satu nama yang menimbulkan kebencian dari penyokong kedua-dua pihak, BN dan PAKATAN.

Perjuangan belum selesai, masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan, dan pendirian saya pula, sokonglah kebenaran.

Wassalam.

ps: nak tanya, anak jati Kuala Krai ke?