Pertama sekali, seribu kemaafan dipohon dari teman-teman yang menanti-menanti ‘update’ dari blog ini, kesibukan dan kekangan waktu untuk beberapa ketika kerana berada di luar negara atas urusan peribadi selama hampir 2 minggu membataskan aktiviti ‘bercyber’ untuk beberapa ketika.
Namun begitu beberapa perkara menarik berkaitan politik negara masih tetap menjadi perhatian. Perkara yang paling menarik sekali tentunya tentang kenaikan harga minyak yang melambung naik dalam waktu yang paling singkat selepas beberapa jam diumumkan oleh Pak Lah. Kenaikan yang kononnya hanya akan bermula dalam bulan Ogos sebagaimana diumumkan oleh menteri berkenaan perdagangan sehari sebelum itu rupanya menjadi ‘mimpi ngeri’ rakyat marhaen dalam mencatur perbelanjaan harian mereka. Amat
Kenaikan mendadak dalam waktu terdekat itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dan respon dari rakyat marhaen. Mungkin kalau tidak keterlaluan dikatakan bahawa pandangan negatif kepada Kerajaan Persekutuan mengatasi pandangan positif dalam isu tersebut walaupun pelbagai insentif dan kebajikan diusahakan oleh kerajaan. Kenaikan bahan api tersebut rupanya meresahkan sebahagian besar rakyat marhaen yang berpendapatan sederhana dan ke bawah. Keresahan mereka ini mungkin ada asasnya. Bayangkan mereka yang berpendapatan RM2,000 ke bawah yang terpaksa menyara keluarga dengan anak-anak yang masih bersekolah. Bayangkan kesusahan dan keperitan mereka berada dalam negara yang serba makmur ini. Bayangkan bagaimana mereka harus mengikat perut dalam keadaan hampir semua barang keperluan harian akan dinaikkan harga selepas ini atas alasan kenaikan harga minyak.
Rata-rata rakyat marhaen memperkatakan isu tersebut dan menyoal kewajaran kerajaan menaikkan harga bahan tersebut. Namun apa yang selalu tidak menjadi rasional ialah kenaikan harga minyak bukanlah isu bersifat nasional, ianya adalah isu antarabangsa.
Rakyat
Perumpamaan tersebut mungkin sedikit sebanyak ada benarnya. Budaya subsidi dalam negara telah menjadikan rakyat tidak sedar bahawa mereka sebenarnya menikmati kemakmuran negara kerana belas ikhsan kerajaan yang memerintah. Pelbagai subsidi diberikan setiap tahun oleh kerajaan untuk rakyat termasuk subsidi makanan dan harga barangan lain sehingga rakyat sendiri tidak sedar bahawa keperluan harian mereka sebenarnya telah dibeli secara subsidi. Keprihatinan kerajaan nampaknya tidak berbaloi dalam keadaan terdesak sebagaimana anak yang dibantu tadi.
Menyelusuri isu kenaikan harga minyak bagaimanapun perlu dilihat dari sudut perbandingan di peringkat antarabangsa. Di kebanyakan negara didunia, harga minyak dalam negara adalah mengikut harga pasaran antarabangsa. Tiada subsidi dikurniakan oleh kerajaan apatah lagi bersama-sama mengharungi kesusahan tersebut dengan memotong gaji dan elaun para menteri. Mungkin di Malaysia, rakyat mahu melihat pembesar negara bersama-sama mereka meredah kesesengsaraan bersama. Bandingkan gaji menteri di negara jiran kita Singapura dengan gaji menteri di
Apapun perbandingannya, rakyat di
Kenaikan harga minyak tersebut sebenarnya mencetuskan juga perbincangan tentang tahap keselesaan sistem pengangkutan awam negara. Tahap pengangkutan awam negara dalam Bandaraya Kuala Lumpur sekalipun masih ditahap kurang sempurna sehingga tidak mampu mengajak rakyat yang berpendapatan sederhana untuk sama-sama menggunakannya. Ketidakserasian antara pengangkutan bas, LRT, komuter dan lainnya menyebabkan rakyat tidak memilih untuk memanafaatkan pengangkutan awam sebagaimana di negara-negara maju lain. Sikap dan mentaliti rakyat bahawa pengangkutan awam adalah untuk mereka yang berpendapatan rendah perlu dikikis. Keadaan ini diburukkan lagi oleh sikap pemandu teksi yang samada enggan membawa penumpang ke tempat-tempat tertentu pada waktu-waktu tertentu disamping caj perkhidmatan yang melampau menambahkan lagi keengganan rakyat menggunakan salah satu perkhidmatan awam tersebut.
Kalau itulah senarionya sistem pengangkutan di Bandaraya
Kenaikan harga minyak juga mencetuskan isu politik bagi pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang bukan sahaja kelihatan seolah-olah tidak faham dengan rasional kenaikan tersebut tetapi turut memprovokasi rakyat supaya berdemonstrasi dan menentang kerajaan. Apakah dengan berdemonstrasi tersebut harga minyak boleh disewenang-wenangya diturunkan oleh kerajaan? Apakah
Kita mungkin boleh bersetuju bahawa harga minyak di
Perkara yang tentunya menarik dalam pertikaian politik mengenai harga minyak tersebut ialah bilamana seorang pemimpin pembangkang yang bertaraf penasihat kepada sebuah parti politik tetapi bercita-cita menjadi Perdana Menteri berjanji akan menurunkan segera harga minyak dalam negara sebaik beliau menjadi Perdana Menteri. Agaknya inilah yang dikatakan kalau sesuatu perkara tersebut diserahkan kepada bukan ahlinya, nescaya bala yang akan menimpa. Pemimpin berkelulusan kelas ketiga dalam bidang sastera tersebut mungkin lebih sesuai menjadi pemidato bagi demonstrasi sahaja dari menjadi pemimpin politik dalam negara. Seluruh dunia dihimpit kenaikan harga minyak namun beliau berjanji untuk menurunkan harga tersebut. Mungkin juga beliau sedar bahawa beliau tidak mungkin menjadi Perdana Menteri, oleh itu pelbagai janji boleh ditabur kerana tentunya tidak perlu difikirkan untuk dilaksanakan. Kalau benarlah beliau seorang yang bijak dalam isu tersebut, kenapa tidak dimaklumkan kepada umum apa perancangan beliau sehingga boleh menurunkan harga minyak tersebut. Mungkin pendedahan secara umum akan lebih menguatkan lagi keyakinan rakyat bahawa beliau mampu melaksanakan apa yang dijanjikan itu.
Jangan jadi seperti apa yang berlaku di sebuah negeri bilamana Menteri Besarnya yang datang dari parti politik yang sama dengan pemimpin kelas ketiga tersebut terpaksa memikirkan semula janji-janji manifesto pilihanraya mereka kerana tidak pernah menyangka bahawa mereka akan memerintah sebuah negeri. Malangnya berketuakan seorang yang hanya tahu berjanji tetapi tidak memikirkan bagaimana melaksanakannya.
Jangan jadi KUCABGAHA ..
No comments:
Post a Comment